LUMUT - Tiga nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Talang, Pantai Remis di sini pada Sabtu akhirnya ditemukan selamat.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, mangsa berusia 29, 62 dan 70 tahun ditemui kira-kira 11 pagi oleh bot nelayan tempatan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan pada Ahad.