'Yang pegang amanah jalankan tanggungjawab baik-baik': Safee Sali

Iklan
Kenyataan Safee Sali di Instagramnya.

PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menyifatkan isu tunggakan gaji yang masih membelenggu Liga Malaysia (Liga-M) berpunca kelemahan sistem segelintir pengurusan kelab liga pada ketika ini.

Malah menurut Presiden PFAM, Safee Sali, semua pihak perlu melihat tindakan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membantu pemain yang teraniaya dari sudut positif yang bertujuan mempertahankan kebajikan golongan tersebut.

Iklan
Iklan

"Menjunjung kasih Tunku kerana sentiasa ada di belakang para pemain. Bak kata TMJ (Tunku Mahkota Johor), takkan hari-hari nak kena lawan JDT baru gaji boleh 'settle'. Ini menunjukkan betapa lemahnya pengurusan sesetengah kelab.

"Lepas itu, penyokong yang tak tahu menahu hanya salahkan orang yang tegakkan kebenaran," katanya di laman sosial miliknya pada Ahad.

Iklan

Isu tunggakan gaji kembali mewarnai saingan Liga-M apabila didakwa melibatkan beberapa kelab seperti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sarawak United, Perak FC dan bekas pemain Kelantan FC.

"Para pemain adalah manusia. Kita kerah tenaga, membanting tulang demi keluarga. Rezeki masing-masing, Tuhan dah atur semua itu.

Iklan

"Yang pegang amanah di atas itu jalankan tanggungjawab baik-baik. Dalam masa seminggu, gaji berbulan-bulan boleh pula 'settle' terus...sungguh memeranjatkan," ujar Safee.