SUNGAI PETANI - Polis memburu enam lelaki yang dipercayai memecah masuk sebuah kedai peralatan elektrik dan melarikan 24 gulung wayar tembaga serta beberapa peralatan lain di Taman Beringin Indah di sini awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian yang menyebabkan kerugian RM20,000 itu pada 4 pagi dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan umpilan pada gril dan penutup premis berkenaan.