SABAH FC berdepan laluan berliku menjelang perlawanan kedua saingan Piala Malaysia apabila dijinakkan Melaka United 1-0 dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Likas malam ini.
Pada perlawanan itu kedua-dua pasukan turun dengan misi mencari bekalan selesa menjelang perlawanan kedua ternyata mempamerkan corak permainan menghiburkan, namun ketumpulan penyudah selain keampuhan benteng mengagalkan percubaan peledak masing-masing.
Iklan
Iklan
Biarpun begitu pemain tengah skuad Hang Tuah, Sony Norde muncul wira skuad kendalian Zainal Abidin Hassan apabila meledak jaring tunggal perlawanan pada minit ke-52.
Gol terhasil apabila Norde yang tidak dikawal, mudah melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim untuk mengecewakan anak buat Datuk Ong Kim Swee.
Kedua-dua pasukan bakal berentap sekali lagi pada perlawanan kedua di Stadium Hang Jebat pada 18 November ini.