70 cedera gempa bumi landa Hormuzgan, Iran

Iklan

TEHRAN - Seramai 70 orang dilaporkan cedera dalam gempa bumi di provinsi Hormuzgan pada Ahad, menurut Agensi Berita IRNA.

Ketua Organisasi Kecemasan Perubatan Iran, Jafar Miadfar berkata, 48 daripada mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar hospital, 22 berada di bawah pengawasan perubatan manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia.

Iklan
Iklan

Presiden, Ebrahim Raisi yang melahirkan rasa simpati terhadap mangsa gempa Hormuzgan dan menggesa seluruh organisasi bantuan dan kementerian yang bertanggungjawab membantu penduduk di kawasan terjejas.

Sementara itu, Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, Karim Hemmati berkata, 137 kampung terjejas akibat gempa bumi tersebut.

Iklan

Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter itu menggegarkan bandar Fin di wilayah Hormuzgan, selatan Iran pada Ahad.

Menurut Pusat Seismologi Institut Geofizik Universiti Tehran, gempa berlaku pada jam15:37:04 waktu tempatan (12:07:04 GMT) dan pada kedalaman 15 kilometer.

Iklan

Seminit kemudian satu gempa susulan bermagnitud 6.3 turut direkodkan. -Bernama