BAITULMAQDIS - Pembuat peralatan senjata dari Israel, Elbit Systems pada Ahad mengumumkan bahawa pihaknya mengadakan satu kerjasama bagi tempoh jangka panjang dengan Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pengeluar dron dan teknologi pemantauan bersama produk-produk lain itu menganggap kerjasama tersebut dilakukan sebagai hasil daripada termeterainya hubungan diplomatik dengan UAE dan negara-negara dari Liga Arab pada tahun lalu.
Iklan
Iklan
Ekoran termeterainya hubungan diplomatik tersebut, Naib Presiden Elbit Systems berkata, ia membuka peluang baik untuk kerjasama dalam bidang perniagaan dilakukan di rantau Arab tersebut.
Beliau berkata, UAE merupakan salah satu daripada pasaran baharu untuk Elbit.
Komander Tentera Udara Israel, Amikam Norkin berada di UAE baru-baru ini bagi menghadiri Pertunjukan Udara Dubai selepas rakan sejawatannya dari negara beraja tersebut melawat Israel pada bulan lalu bagi menyaksikan latihan ketenteraan terbesar rejim Zionis. - Agensi