Sesi Persekolahan Penggal Ketiga mula 2 Januari tahun depan

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sesi Persekolahan Penggal Ketiga bagi 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac tahun hadapan bagi sekolah di negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, bagi negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan bermula pada 3 Januari hingga 20 Mac tahun depan.

Iklan
Iklan

”Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri kumpulan B,” katanya pada Isnin.

Tambahnya, Sesi Persekolahan Penggal Ketiga 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman web KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai Isnin.

Iklan
Iklan

”KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.