Penubuhan YKM tidak libat kos tambahan buka pejabat baharu

Iklan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) merangkap Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Penubuhan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) tidak melibatkan pertambahan kos pembukaan pejabat baharu, renovasi pejabat dan emolumen kakitangan baharu kepada kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu) akan bertindak sebagai sekretariat yang akan menyokong pengoperasiannya dengan menjalankan tugas urusetia dan penyelarasan dengan sumber sedia ada.

Iklan
Iklan

"YKM akan memberi atau menguruskan pemberian bantuan kewangan untuk kebajikan atau pendidikan kepada kanak- kanak dan remaja yang kehilangan ibu atau bapa atau penjaga atau kedua-duanya akibat pandemik Covid-19,kemalangan dan lain- lain bencana seumpamanya sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.

"Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, YKM juga boleh mempertimbangkan pemberian bantuan kebajikan dan pendidikan sehingga ke peringkat pengajian tinggi,” katanya ketika sesi penggulungan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Abdul Latiff berkata, YKM boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk membantu kanak-kanak atau remaja terbabit.

Jelasnya, ia meliputi aspek kebajikan dan pendidikan menerusi bantuan kewangan atau bukan kewangan seperti mengadakan kem motivasi dan kursus peningkatan sahsiah diri

Iklan

"Program tersebut boleh melibatkan ahli-ahli Parlimen dan dapat membantu kerajaan menjalankan tugas yang lebih efisien dan efektif,” katanya.