Maritim Johor tahan kapal tangki

Iklan
Kapal tangki yang ditahan Maritim Johor.

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor menahan sebuah kapal tangki di kedudukan lebih kurang 2.3 batu nautika timur laut Tanjung Kupang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim, Aminuddin Abdul Rashid berkata, kapal terbabit ditahan sekitar jam 1.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan bot ronda Maritim mendapati kapal tersebut bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

"Selain itu gagal mempamerkan insurans perkapalan ketika pemeriksaan dilakukan serta pemilik gagal memastikan jumlah keanggotaan yang mencukupi di kapal seperti mana Sijil Keanggotaan Selamat.

Iklan

"Kapal Tangki yang berdaftar di Port Klang tersebut dikendalikan oleh lima kru warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 17 hingga 23 tahun. Selain itu, tiada kapten kapal atau pegawai kapal yang didapati bekerja di atas kapal tersebut ketika pemeriksaan,” katanya di sini hari ini.

Aminuddin berkata, kapal tersebut kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta-akta berkaitan.

Iklan

Katanya, Maritim Malaysia amat menitikberatkan aspek keselamatan di laut dan pematuhan undang-undang terutamanya di kalangan komuniti maritim.

"Oleh yang demikian, semua pihak komuniti maritim hendaklah mematuhi undang-undang yang terpakai di Zon Maritim Malaysia bagi membendung sebarang insiden di laut.

"Sebarang aduan tentang salah laku atau kecemasan di laut hubungi 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404,” katanya.