Jambatan Gantung Satok

Iklan

Seorang pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja penambahbaikan di atas kabel Jambatan Gantung Satok, hari ini.

Dibina dengan kos RM8.5 juta di lokasi jambatan asal yang runtuh pada Oktober 2004.

Iklan
Iklan

Jambatan pejalan kaki yang merentangi Sungai Sarawak sepanjang 213 Meter itu siap pada 26 Mac 2021 ini dibuka kepada orang ramai pada 1 September lepas.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata keputusan 'membina' semula jambatan gantung berkenaan dibuat kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi selain menjadi tarikan pelancong. Sebagai rekod jambatan asal siap dibina pada 1926 pada zaman pemerintahan Kerajaan Brooke.

Iklan

Jambatan baharu dengan lebar tiga Meter itu dibina mengikut piawaian British Standard (BS) termasuk menara dan blok utama bagi menempatkan kabel penggantungan dijadualkan siap pada 18 September ini.

Jambatan tersebut memudahkan orang ramai dari kawasan Satok ke Medan Niaga Satok, satu lagi tarikan di tebing Sungai Sarawak. - Foto Bernama

Iklan