Kes jenayah komersial babit kerugian RM5.3 juta dilaporkan di Perlis

Iklan
Gambar hiasan

KANGAR - Sebanyak 328 kes jenayah komersial dilaporkan di Perlis dengan nilai kerugian berjumlah RM5.3 juta dari Januari sehingga 31 Oktober lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Surina Saad berkata, pelbagai taktik dan helah modus operandi digunakan suspek bagi memperdayakan mangsa dan untuk negeri ini kes penipuan dalam talian adalah tertinggi iaitu pada kadar 70 peratus.

Iklan
Iklan

"Rata-rata mangsa yang terlibat dengan kes ini berasa panik (ketika dihubungi scammer) dan tidak membuat siasatan terperinci, mereka terus dedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga (scammer) tanpa berunding terlebih dahulu dengan agensi berkaitan seperti bank atau pihak berkuasa.

"Jadi terus laporkan kepada polis jika rasa curiga dan jangan dedahkan terus maklumat peribadi kepada pihak ketiga secara langsung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) 2021 Kontinjen Perlis di sini, pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 315 kes jenayah komersial dengan kerugian berjumlah RM4.3 juta dilaporkan.

"Semua peringkat umur ada yang terlibat dengan kes seperti ini. Kalau dulu ianya banyak melibatkan orang awam yang telah berpencen dan duit banyak, sekarang sesiapa saja boleh terlibat kalau tidak berhati-hati.- Bernama

Iklan