Covid-19: PKPD di Kampung Orang Asli Satak dilanjutkan

Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Orang Asli Satak di Mukim Batu Talam, Raub, Pahang yang sepatutnya tamat pada 16 November dilanjutkan bermula 17 hingga 23 November.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan melanjutkan PKPD di lokaliti berkenaan dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko trend jangkitan Covid-19.

Rodzi juga memaklumkan dua lokaliti di Pahang iaitu Pos Betau, di Mukim Ulu Julai, Lipis dan Taman Amalina Lestari, Raub ditamatkan PKPD pada 16 November ini.

Iklan
Iklan

Keputusan menamatkan PKPD ini dibuat setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa di dua lokaliti tersebut.

Sementara itu, Rodzi memaklumkan tiada mana-mana lokaliti yang dilaksanakan PKPD pada 16 November.

Iklan
Iklan