Nelayan gigih menarik bot ke daratan sejurus pulang daripada melakukan aktiviti menangkap ikan ketika tinjauan foto Bernama di Pantai Baru hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai November ini hingga awal Januari 2022, susulan peralihan Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan.