Ahli Parlimen diberi ruang utarakan pandangan inisiatif KKMM

Iklan
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berucap ketika hadir pada Sesi Taklimat Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) Kepada Ahli-ahli Parlimen Kerajaan di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen Kerajaan hari ini diberikan taklimat dan ruang mengutarakan soalan serta pandangan mengenai inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi tahun 2022.

Menerusi sesi taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen Kerajaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata selain itu, KKMM turut memaklumkan inisiatif-inisiatif kementerian yang terkini kepada Ahli Parlimen bagi perhatian dan tindakan selanjutnya.

Iklan
Iklan

"(Ini) termasuk konsep Jaringan Keluarga Malaysia untuk meningkatkan community empowerment (pemerkasaan komuniti), komuniti Keluarga Malaysia dan juga Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).

"Ini adalah reinvention atau penambahbaikan yang sedang kita lakukan, yang memerlukan sokongan dan juga dukungan daripada ahli-ahli Parlimen di kawasan mereka," katanya kepada pemberita selepas sesi itu di sini malam ini.

Iklan

Sesi taklimat selama hampir satu jam berkenaan disampaikan Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek sebelum majlis dibuka untuk sesi soal jawab.

Antara isi taklimat itu adalah Intipati Belanjawan Tahun 2022 dan program KKMM termasuk Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia serta Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Iklan

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin serta Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Mokhtar Hussain. - Bernama