MINGGU kelima menyaksikan perjuangan protege Amal iaitu Mentor kepada penyanyi Hafiz Suip akhirnya terhenti dalam program realiti TV, Mentor 7, malam tadi.
Menyanyikan lagu Sedetik Lebih nyanyian asal penyanyi Anuar Zain, peserta tersebut tersingkir dengan peratusan markah sebanyak 49 peratus
Dengan markah terendah itu sekali gus melayakkan enam lagi peserta lain, Zaaim, Azmirul, Lazarul, Ranishah, Pasya dan Megat berjaya mara ke minggu seterusnya.
Juri profesional juga penyanyi terkenal, Mas Idayu percaya Amal akan ada tempatnya di lapangan seni suara.
"Tak sangka dia ada prestasi... itu yang kita cakap, orang luar turut menyumbang markah juga.
"Justeru, peserta harus kena ada energi supaya dapat tarik perhatian undian awam.
"Insya-ALLAH potensi buat Amal di luar nanti perlu mencari aura terlebih dahulu," ujarnya kepada Sinar Harian.
Manakala bagi Mentor protege Amal menyifatkan ini sebagai titik tolak buat Amal dalam industri ini dan redha dengan keputusan juri.
"Syukur kehadrat Ilahi kerana terus diberikan perjuangan, malangnya bukan rezeki Amal pada malam tadi.
"Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini dan mencantikkan Amal di atas pentas.
"Kepada Amal ini titik tolak baginya di industri seni muzik. Masih panjang lagi perjalanan di luar sana," katanya dalam keadaan sebak.
Sementara itu Amal pula percaya pada takdir tuhan dan akur dengan keputusan juri.
"Ada rezeki ada lah... mungkin malam ini keyakinan saya kurang. Malah komen juri juga telah memberikan pemangkin semangat.
"Mungkin kerana salah diri sendiri sebab tak berikan fokus sepenuhnya sewaktu pembelajaran dengan mentor.
"Jadi kesalahan ini akan saya jadikan sebagai pengajaran," akuinya jujur.
Dalam perancangan lain, Amal akan menghabiskan pengajian Diploma Jurutera Elektronik yang berbaki satu semester lagi di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
Konsert Mentor 7 itu juga turut menyaksikan Zaaim sekali lagi dinobatkan sebagai peserta persembahan terbaik dua minggu berturut-turut.
Konsert Mentor yang dihoskan oleh Shuk Sahar dan Nana Mahazan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3, jam 9 malam setiap Ahad.
Untuk makluman, pemarkahan diadili oleh juri profesional Datuk Wah Idris dan Mas Idayu sebanyak 50%, manakala undian atas talian pula 30% dan juri awam 20%.