KUALA LUMPUR - Permohonan undi pos secara dalam talian bagi warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan layak mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-12 telah dibuka bermula 8 November sehingga 24 November depan.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan, berkata permohonan undi pos tersebut adalah untuk pengundi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), dan kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) sahaja.