JUARA Euro 2020, Itali gagal mengesahkan status slot automatik ke Piala Dunia Qatar 2022 apabila sekadar terikat tanpa jaringan ketika bertandang menentang Ireland Utara dalam aksi Kumpulan C di Stadium Windsor Park, Belfast.
The Azzurri yang tampil ke laman lawan dengan misi meraih tiga mata selepas cemerlang dengan kemenangan 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Ennio Tardini, Parma gagal merealisasikan hasrat itu bagi menyaingi pendahulu Switzerland bagi merebut tempat ke pusingan akhir tahun depan.
Iklan
Iklan
Switzerland pula mengesahkan slot ke Qatar 2022 apabila mengatasi Bulgaria 4-0 di Lucerne, menyaksikan hanya kemenangan dengan margin tiga gol membolehkan skuad Roberto Mancini mara secara merit ke temasya bola sepak terbesar dunia itu.
Keputusan itu menyaksikan The Azzurri terpaksa mengharungi saingan playoff dijadualkan pada Mac depan, yang menyaksikan Itali mempunyai catatan buruk pada fasa tersebut apabila pernah disingkirkan Sweden dalam perebutan ke edisi Rusia 2018 sebelum ini.
"Kami tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya sekarang, kami mempunyai perlawanan fasa kelayakan pada Mac depan dan akan cuba memberikan yang terbaik.
"Sejujurnya dalam perlawanan ini kami bergelut untuk menjaringkan gol, walaupun menguasai penguasaan bola. Ireland Utara meletakkan para pemain di bahagian pertahanan dan kami bergelut untuk memecahkan benteng pasukan Ireland Utara," kata Mancini.
Artikel Berkaitan