KUALA LUMPUR – Buat julung-julung kalinya, Syarikat Faiza Sdn Bhd menganjurkan pertandingan memasak dalam talian yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM14,000 buat pemenang bertuah.
Pertandingan Memasak Dalam Talian ini diadakan bagi menerapkan norma baru gaya hidup masa kini dalam mendepani pandemik Covid-19.
Dengan bertemakan ‘Memasak Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan’, program Masak Apa Pun Dengan Faiza menjemput semua ‘Keluarga Malaysia’ berkongsi resepi dan momen di dalam video pertandingan yang berdurasi lima minit.
Jurucakap Syarikat Faiza berkata, Pertandingan Masak Apa Pun Dengan Faiza ini merupakan usaha murni pihaknya bagi menghargai pengguna produk Faiza.
"Penyertaan dibuka bermula 29 November dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Disember 2021.
"Hadiah wang tunai bernilai RM14,000 berserta produk Faiza menanti buat pemenang bertuah,”katanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan syarat penyertaan, orang ramai boleh melayari Facebook, Instagram, Telegram dan YouTube Masak Apa Pun Dengan Faiza.