ALOR GAJAH - Menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal menjadi fokus utama calon Barisan Nasional (BN), Zahari Abd Kalil.
Zahari berkata, penduduk sudah sekian lama melalui keperitan hingga terpaksa berpindah randah serta kerugian akibat selain bencana itu.
"Hasrat saya mahu membuat projek tebatan banjir termasuk mewujudkan saliran bersistematik. Beberapa lokasi baharu banjir termasuk pekan Durian Tunggal akan diberikan tumpuan untuk mengurangkan banjir sekali gus menyelesaikan masalah ini," katanya ketika ditemui di Pusat Gerakan BN DUN Durian Tunggal, di sini, pada Rabu.
Anak jati Durian Tunggal itu berkata, sekiranya diberikan mandat beliau mahu meningkatkan tahap pendidikan anak-anak di kawasan tersebut.
Katanya, antara usaha yang mahu dilakukan bagi merealisasiikan impian itu adalah dengan memanfaatkan balai raya sedia ada sebagai kelas tuisyen untuk anak-anak secara tidak langsung dapat mempelbagai kemudahan tersebut.
"Kami sedar 'kepahitan' yang terpaksa dilalui pengundi selama Pakatan Harapan (PH) memerintah dan respon rakyat pada BN kawasan ini begitu positif," katanya.
Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my