SABAK BERNAM - Tapir betina dewasa ditemui mati di tebing terusan Ban Canal Parit 9 Jalan Ban Canal Sekinchan pada Jumaat lalu disyaki akibat dilanggar kenderaan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Dennis Ten Choon Yung berkata, hasil bedah siasat dijalankan mendapati haiwan tersebut mengalami pendarahan dalaman akibat paru paru dan jantung pecah.