Tarikh nikah belum ada: Fasha Sandha

Iklan
Pelakon, Aidil Aziz & Fasha Sandha

AKTRES cantik, Fasha Sandha, 35, dan tunangnya, Aidil Aziz, 32, memberitahu masih belum ada ketetapan tarikh bagi majlis pernikahan mereka.

Pun begitu, menurut Aidil tarikh bagi majlis resepsi di kediamannya, Rembau, Negeri Sembilan akan berlangsung pada 6 April 2019.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH saya minta orang ramai mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

"Sebab sebelum ini saya sibuk dengan persiapan untuk majlis sebelah saya di Rembau, tapi sekarang sudah 50% siap.

Iklan

"Dalam masa sama saya tengah sibuk pula dengan penggambaran drama bersiri Hero 2," jelasnya ketika ditemui pada sesi siri jelajah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 di Sri Pentas, Kuala Lumpur.

Sementara itu Fasha, berkata, dia masih belum sempat untuk membuat persiapan majlis pernikahan di sebelah pihaknya di Perlis.

Iklan

"Wedding planner dah ada cuma perkara lain belum ada. Pendek kata saya kesuntukan masa.

"Masa terlalu padat dengan kerja sehinggakan kena berulang alik Perlis Kuala Lumpur untuk selesaikan ini semua.

"Saya seorang yang sangat teliti dan cerewet dalam semua perkara. Ada orang ambil mudah tetapi saya kenduri saya makanan kena sedap," kata Fasha yang duduk di samping Aidil.