Gesa polis bertindak segera terhadap kumpulan promosi LGBT

Iklan
Noorazmir

SHAH ALAM - Pertubuhan Pengamal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) menggesa polis mengambil tindakan segera terhadap kumpulan yang dengan terbuka berkempen mempromosikan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di ibu kota semalam.

Presidennya, Noorazmir Zakaria berkata, slogan 'hidup LGBT dan jangan kacau kumpulan itu' merupakan kempen secara langsung tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat umum.

Iklan
Iklan

"Bukan setakat slogan yang dilaungkan, malah bendera pelangi yang menjadi identiti kumpulan LGBT ini juga bebas dipromosikan.

"Pihak polis sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan termasuk merampas segala peralatan yang mempromosikan LGBT katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Semalam dilaporkan kira-kira 1,000 orang menyertai himpunan bersempena Hari Wanita Antarabangsa di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo dan berakhir di Dataran Merdeka.

Selain pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak wanita, aktivis, orang awam serta pelajar, himpunan itu turut disertai golongan LGBT apabila bendera warna pelangi yang menjadi lambang kepada golongan itu turut dibawa bersama.

Iklan

Mengulas lanjut, Noorazmir mengambil contoh kes sekumpulan Jabatan Amal yang ditahan dan didakwa ketika demonstrasi mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas alasan tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Bukan setakat ditahan, malah uniform mereka turut dirampas. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini juga pernah mengarahkan polis mengambil tindakan ke atas anggota Jabatan Amal atas alasan sama.

"Justeru saya melihat polis seharusnya tidak bersikap double standard dan hanya menunggu arahan untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan yang mempromosikan LGBT ini. Mereka bukan sahaja bergerak tanpa sebarang pendaftaran yang sah di sisi undang-undang, malah dengan giat mencetuskan ketidakselesaan masyarakat umum dengan mempromosikan kumpulan mereka secara terbuka," katanya.

Jelasnya, hak asasi tidak seharusnya menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh agama.

"Tidakkah pihak berwajib melihat tindakan mereka ini sebagai laungan secara langsung mencabar reaksi rakyat?

"Janganlah kita menunggu sehingga kerajaan difitnah kononnya menyokong kumpulan LGBT ini akibat lemahnya penguatkuasaan," katanya.