WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping mengadakan sidang kemuncak secara maya pada Isnin yang antara lain menyentuh mengenai Indo-Pasifik dan hak asasi manusia, menurut Sputnik.
Biden berkata, penting untuk kedua-duanya berkomunikasi secara terbuka serta jujur dan pemimpin mempunyai tanggungjawab memastikan hubungan tidak terjerumus kepada konflik, memetik kenyataan Rumah Putih.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, AS perlu membuat pertimbangan sewajarnya terutamanya mengenai isu global yang penting seperti perubahan iklim.
"Kami mempunyai tanggungjawab kepada dunia serta rakyat kami," kata Biden.
China dan AS perlu meningkatkan komunikasi dan kerjasama, tambahnya.
Rumah Putih turut menyiarkan gambar ketika berlangsungnya perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu yang turut disertai Setiausaha Negara Antony Blinken. - Bernama