Buruh mengaku tidak salah curi burung kakak tua

Iklan
Gambar hiasan

KANGAR - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan mencuri seekor burung kakak tua, Jumaat lepas.

Tertuduh Mohd Amizad Marodzi, 44, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Kamaliza Md Zain selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Menurut pertuduhan, Mohd Amizad dituduh mencuri seekor burung jenis African Grey Parrot nombor penandaan 20 Z 005 FID di Jalan Angsana 5, Taman Bunga Angsana di Padang Besar pada 4 pagi, 12 November lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduanya sekali.

Iklan

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ab Rashid, manakala Mohd Amizad diwakili peguam Nur Iman Nor Azmi. - Bernama

Iklan