Kerjasama Pas-UMNO di 4 negeri sukar dilaksana

Iklan

KUANTAN - Amanah Pahang menyifatkan cadangan kerajaan campuran antara Pas dan Umno di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis sukar untuk dilaksanakan kerana dasar dan asas kerjasama itu tidak jelas.

Pengerusinya, Dr Hamzah Jaafar berkata, sekiranya asas kerjasama dua parti itu atas dasar kepentingan bangsa Melayu dan menyelamatkan negara, persoalannya adakah Pas selama ini tidak tahu bahawa UMNO/BN yang memerintah negara bukan DAP sebelum pemerintahan diambil alih kerajaan baharu dari PH.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepanjang pemerintahan UMNO/BN berlaku pelbagai isu penyalahgunaan kuasa termasuk skandal IMDB.

"Begitu juga dengan isu melibatkan Tabung Haji dan Felda yang juga aset besar orang Melayu yang disalah guna pimpinan UMNO. Apakah semua ini Pas tidak mengetahuinya?

Iklan
Hamzah

"Jadi kalau benar mereka cintakan bangsa dan negara, Pas tidak seharusnya bekerjasama dengan UMNO sebaliknya wajib bekerjasama dengan kerajaan yang memerintah sekarang,” katanya.

Hamzah berkata, sekiranya Pas terus bekerjasama dengan UMNO, beliau yakin ahli Pas akan bangkit bersuara membantah perkara itu pada muktamar akan datang atau ambil keputusan keluar parti.

Iklan

"Ahli Pas terutamanya sudah sekian lama ingin kepastian tentang perkara itu jadi saya kira mereka (Pas) perlu menyatakan pendirian dengan jelas supaya ahli-ahli mereka yang tidak bersetuju dengan kerjasama itu mudah untuk membuat keputusan.

‘Begitu juga dengan Umno, ahlinya mungkin masih tidak dapat melupakan isu kafir mengkafir sebelum ini. Tambahan pula mereka sudah melihat aksi pimpinan Pas sekarang yang begitu mudah menggunakan 'pembohongan syarie' utk mengiyakan segala tindakan mereka,” katanya.

Dr Hamzah berkata, beliau percaya pimpinan dan ahli UMNO sendiri tidak selesa dengan sikap pimpinan Pas yang memungkinkan kerjasama itu tidak dapat dilaksanakan.

"Andai kata mereka teruskan kerjasama itu, saya merasakan ada sesuatu mereka harapkan antara satu sama lain untuk kepentingan pimpinan mereka dan juga parti yang sedang menghadapi masalah akibat tangan mereka sendiri,” katanya.