Kes penipuan tawaran kerja babit kerugian RM1.2 juta

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123rf

SEREMBAN - Kes jenayah melibatkan penipuan tawaran kerja di Negeri Sembilan merekodkan 78 kes dengan kerugian berjumlah RM1.2 juta yang dikesan dari awal tahun ini sehingga Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Supt Aibee Ab Ghani berkata, jumlah tersebut meningkat daripada rekod yang dilaporkan sepanjang tahun lepas dengan satu kes melibatkan kerugian RM7,140.

Iklan
Iklan

Katanya, modus operandi digunakan suspek adalah dengan menawarkan iklan kerja dalam talian menerusi Facebook, WhatsApp, Instagram dan sebagainya.

"Mangsa kemudian akan berhubung melalui WhatsApp lalu diarahkan membuat bayaran ke dalam akaun individu terbabit.

Iklan

"Pada peringkat awal mangsa dimaklumkan akan mendapat pulangan dan kemudiannya apabila sejumlah besar wang dimasukkan ke akaun berkenaan, suspek tersebut tidak dapat dihubungi lagi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Aibee menasihati orang awam agar berhati-hati dengan tawaran pulangan yang mudah dan besar selain tidak melakukan sebarang pembayaran ke mana-mana akaun individu kerana ia adalah akaun keldai. - Bernama

Iklan