AS boleh hantar warganya ke bulan pada 2026

Iklan
Gambar fail menunjukkan dua angkawasan Amerika Syarikat, Neil Armstrong Edwin Buzz Aldrin berada dekat bendera negara itu di bulan pada Julai 1969. - Foto AFP

WASHINGTON - Misi Amerika Syarikat (AS) menghantar rakyatnya ke bulan sebenarnya hanya boleh dilakukan sekurang-kurangnya paling awal pada tahun 2026, menurut laporan audit kerajaan negara itu yang disiarkan pada Isnin.

Pada minggu lalu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengumumkan bahawa program penghantaran manusia ke bulan ditangguhkan dari tahun 2024 kepada tahun 2025.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Jabatan Pemeriksaan Negara AS yang mengaudit jabatan-jabatan kerajaan, program Artemis bagi menghantar rakyatnya ke bulan berdepan masalah teknikal dan penangguhan berikutan pandemik Covid-19 serta cuaca.

Sasaran NASA untuk menghantar angkasawan ke bulan pada lewat tahun 2024 menghadapi pelbagai cabaran termasuk risiko teknikal, jadual pembangunan yang tidak realistik dan masalah pembiayaan, kata laporan tersebut.

Iklan

Ia menyatakan, sut baharu angkasawan untuk misi itu tidak dapat disediakan sehingga Mei 2025.

Laporan itu turut menyatakan bahawa pembangunan sistem pendaratan manusia di bulan dikenali sebagai Starship yang diserahkan kepada syarikat SpaceX untuk dibina kemungkinan juga mengalami masalah kelewatan.

Iklan

Ia juga memaklumkan program ke bulan itu terlalu mahal dan melibatkan kos sebanyak AS$93 bilion (RM387 bilion) menjelang tahun 2025.

Pada Julai 1969, seorang angkasawan AS, Neil Armstrong menjadi manusia pertama berjalan di atas permukaan bulan sebelum diikuti rakannya yang juga dari negara itu, Edwin Buzz Aldrin. - Agensi