Pemandu lori cabut bendera parti ditahan

Iklan
Bendera pelbagai parti politik yang dicabut kerana menghalang pemandangan pengguna jalan raya di simpang Jalan Melaka Perdana, Alor Gajah.

ALOR GAJAH - Seorang pemandu lori ditahan selepas dipercayai mencabut bendera dan gegantung parti politik di persimpangan Jalan Taman Merdeka Perdana di sini, pada malam Isnin.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, dalam kejadian jam 8.45 malam itu, individu berusia 48 tahun melakukan tindakan berkenaan kerana bendera dan gegantung parti didakwa menghalang pemandangan pengguna jalan raya yang ingin keluar masuk ke simpang jalan.

Iklan
Iklan

"Hasil soal siasat mendapati tujuan lelaki itu berbuat demikian kerana bendera dan gegantung telah menghalang pemandangan pengguna.

"Suspek juga mengakui tujuan berbuat demikian tiada kaitan dengan elemen politik," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Iklan

Jelas beliau, hasil pemeriksaan polis turut menemui 26 batang bendera pelbagai parti bertanding termasuk 14 batang bendera berlogo Barisan Nasional (BN), lapan Pakatan Harapan (PH) dan empat bendera Perikatan Nasional (PH).

"Suspek kemudian disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat namun telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Iklan

Ujar beliau, setakat ini sebanyak lima laporan polis telah diterima berkaitan perbuatan sabotaj bendera dan gegantung parti politik.

"Masing-masing dua laporan di daerah Melaka Tengah dan daerah Alor Gajah dan satu laporan di daerah Jasin," katanya.