BEIJING - Hubungan sihat dan stabil antara China dan Amerika Syarikat (AS) diperlukan bagi mengekalkan persekitaran antarabangsa yang mantap dan bertindak balas secara berkesan terhadap cabaran global, kata Presiden China Xi Jinping pada Selasa semasa sidang kemuncak maya dengan Presiden AS Joe Biden, menurut Sputnik.
"Hubungan sihat dan mampan antara China dan AS penting untuk memajukan pembangunan kedua-dua negara dan memastikan persekitaran antarabangsa yang aman dan stabil, termasuk tindak balas berkesan terhadap cabaran global seperti perubahan iklim dan pandemik Covid-19,” kata Xi seperti dipetik oleh Kementerian Luar China.