Isu LGBT: Bersih 2.0 kritik kenyataan Mujahid

Iklan
Bersih 2.0

SHAH ALAM - Bersih 2.0 mengkritik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang mendakwa sesetengah pihak menyalahgunakan demokrasi dengan menggunakan Perarakan Hari Wanita pada 9 Mac untuk mempertahankan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 mengingatkan Mujahid bahawa demokrasi sepenuhnya membenarkan semua golongan untuk menyuarakan pandangan serta tuntutan mereka secara aman.

Iklan
Iklan

"Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan setiap warganegara berhak kepada kebebasan bersuara, ekspresi, berhimpun secara aman dan kebebasan berpersatuan.

"Kita tidak perlu untuk bersetuju dengan semua pandangan yang dilontarkan atau isu yang sedang dibawa tetapi perlu untuk mendengar serta memahami walaupun selepas itu kita masih lagi tidak bersetuju. Sebagai menteri yang demokratik beliau tidak sewajarnya menghalang atau menghentam mana-mana kumpulan yang ingin membangkitkan tuntutan mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Semalam, Mujahid terkejut dengan tindakan segelintir pihak menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara yang salah di sisi Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Amalan LGBT tidak akan diterima di negara ini: Mujahid

Iklan

Menurutnya, sebagaimana yang dimaklumkan beliau sebelum ini, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menyebut, Bersih 2.0 menyokong kesaksamaan, tidak mendiskriminasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk semua orang bersuara secara aman.

"Sejak 9 Mei kita menyaksikan himpunan anti-ICERD, Melayu Bangkit, Mempertahankan Nabi Muhammad dan pelbagai lagi himpunan lain. Kami memuji tindakan kerajaan PH untuk membenarkan dan mengawal himpunan tersebut tanpa sebarang intimidasi.

"Salah satu tuntutan utama daripada lima tuntutan Perarakan Hari Wanita semalam adalah untuk menghentikan keganasan berdasarkan jantina dan orientasi seksual. Kami bimbang dengan pendirian Mujahid serta ramai lagi ahli politik dan kumpulan lain akan menyamarakkan lagi kebencian dan diskriminasi kepada kelompok lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tersebut.

Jelasnya, setia orang mempunyai hak dilindungi daripada keganasan dan diskriminasi di bawah undang-undang.

"Untuk menuntut perlindungan itu ia berbeza dengan mempromosikan gaya hidup, orientasi seksual ataupun ideologi," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Mujahid berkaitan Perarakan Hari Wanita tidak mempunyai permit kerana notis untuk himpunan tersebut dihantar kurang daripada 10 hari dan penganjur akan disiasat dibawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman(APA) 2012.

"Kami ingin mengingatkan menteri bahawa PH telah berjanji untuk menghapuskan peruntukan drakonian dalam APA dan kanun keseksaan bagi perhimpunan aman," katanya.