Misi serampang dua mata Aaron-Wooi Yik

Iklan
Pearly (kiri) dan Thinaah diletakkan sebagai pilihan kelapan pada Masters Indonesia kali ini.

BEREGU utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tampil pada kejohanan badminton Masters Indonesia di Bali dengan misi serampang dua mata.

Selain mahu menamatkan penantian merangkul gelaran pertama tahun ini, kejohanan itu juga cukup penting buat Aaron-Wooi Yik untuk menghasilkan keputusan positif bagi memburu tiket ke saingan Jelajah Dunia Akhir BWF yang dijadual pada 1 hingga 5 Disember ini.

Iklan
Iklan

Selain memburu gelaran sulung tahun ini, kejohanan itu menjadi medan penting buat Aaron-Wooi Yik memburu tiket ke saingan Jelajah Dunia Akhir BWF yang dijadual pada 1 hingga 5 Disember ini.

"Tidak dinafikan ia satu tekanan, tapi ia merupakan perkara biasa lagi-lagi untuk capai sasaran yang kita tetapkan. Tapi sebagai pemain profesional, saya rasa tiada masalah untuk selesaikan masalah ini.

Iklan

"Jadi saya berharap kami dapat mempamerkan aksi terbaik dalam dua kejohanan di Bali ini dan bersaing bagi merebut tempat ke Jelajah Dunia Akhir,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Aaron dan Wooi Yik yang kini berada di ranking ke-10 kelayakan ke Final Jelajah Dunia BWF perlu sekurang-kurangnya layak ke suku akhir Masters Indonesia dan Terbuka Indonesia dari 23 hingga 28 November ini bagi menyambar tiket kejohanan tersebut.

Iklan
Pearly (kiri) dan Thinaah diletakkan sebagai pilihan kelapan pada Masters Indonesia kali ini.

Sementara itu, pemain beregu wanita negara, Pearly Tan yang sebelum ini dihimpit kecederaan bahu mengesahkan dia dan pasangannya, M Thinaah sudah bersedia menggegar Masters Indonesia.

"Saya ada sasaran sendiri tapi tak mahu berfikir banyak mengenai perkara itu. Apa yang penting ketika ini adalah untuk fokus dan beri apa yang termampu pada kejohanan itu,” ujarnya.