KUALA LUMPUR - Seramai 22,332,571 individu atau 95.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Selasa.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 22,882,504 individu atau 97.7 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.