PN, BN tidak akan mampu bawa politik stabil di Melaka: Anwar

Iklan
Anwar.- Foto fail Bernama

MELAKA - Parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) tidak akan mampu untuk membawa kestabilan politik di Melaka walaupun memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan membawa kestabilan politik di Melaka sekiranya mengemudi kerajaan negeri tersebut jika diberi mandat memenangi PRN itu.

Iklan
Iklan

"Isu pertama di Melaka ialah kestabilan politik dan hendaklah pilih pimpinan yang mempunyai dasar jelas serta stabil. PH jamin kerajaan yang stabil kerana calon yang dipilih telah disaring.

"Parti gabungan PN dan BN sedang berperang secara sengit untuk menang dan gabungan ini akan terus berebut kuasa tidak kira apa keputusan pilihan raya. Ini akan berlaku sama ada PN menang atau BN menang,” katanya ketika menyampaikan ceramah secara dalam talian, pada malam Selasa.

Iklan

Tambah Anwar, BN dan PN adalah sebahagian daripada kerajaan Persekutuan namun begitu bertanding sesama sendiri di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

"Perbalahan antara BN dan PN akan memberi kesan kepada kerajaan Pusat,” kata Anwar.

Iklan

Pada Khamis lalu, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejarah BN sudah sampai ke penghujung namun dibidas oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan menegaskan sejarah BN belum berakhir malah kedudukannya akan terus kukuh di mata rakyat.

Ahmad Zahid menyifatkan, kenyataan Muhyiddin yang mengatakan kononnya sejarah BN sudah berakhir, menunjukkan sikap hipokrasi.

Dengan itu Anwar berkata, beliau berharap pengundi di Melaka mempertimbangkan dengan baik keadaan selepas BN atau PN menang.