KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang malam Selasa.
Dalam catatan di Facebooknya, Ismail Sabri mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat ALLAH SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.
"Innalillahiwainnailaihirojiun. Alfatihah,” menurut catatan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas
Kali terakhir pesawat Hawk Mk 108 terhempas pada 2017
Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin
Identiti mangsa pesawat TUDM terhempas dikenal pasti
Dalam nahas yang berlaku pada 10.07 malam itu, seorang lagi juruterbang TUDM, Mejar Mohd Fareez Omar cedera.
Ketika kejadian kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth. - Bernama