Tujuh warga asing disaman memandu tanpa lesen di Cameron Highlands

Iklan
Anggota Unit Operasi JPJ Pahang melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan bagi mengesan pemandu warga asing yang memandu tanpa lesen sah di sekitar Cameron Highlands pada Selasa. - Foto Facebook JPJ PAHANG.

CAMERON HIGHLANDS - Tujuh pemandu warga asing dikenakan saman selepas memandu tanpa lesen sah dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing di sekitar daerah ini, pada Selasa.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, tindakan turut diambil terhadap pemilik kenderaan yang membenarkan warga asing memandu tanpa lesen sah.

Iklan
Iklan

"Tindakan seperti ini akan memberi kesan tidak baik terutama jika berlaku kemalangan jalan raya dan tuntutan pihak ketiga. Penguatkuasaan akan terus dilaksanakan bagi mendidik pemandu agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan jalan raya.

"Langkah ini demi kesejahteraan orang ramai dalam konteks mewujudkan iklim pemanduan yang selamat di jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Tambah beliau, dalam operasi itu, advokasi berkaitan pembaharuan lesen kenderaan motor dan lesen memandu turut diberikan kepada pemandu.

"Orang ramai diingatkan agar segera memperbaharui lesen kenderaan motor dan lesen memandu yang tamat tempoh bagi mengelakkan kesesakan pada saat akhir, hujung tahun ini," katanya.

Iklan