Wales layak ke pusingan playoff kelayakan Piala Dunia 2022

Iklan
Moore (kanan) meraikan jaringan penyamaannya ketika berjaya mengikat Belgium 1-1. - Foto Reuters

WALES berjaya mengikat Belgium dengan keputusan seri 1-1 untuk meraih naib juara Kumpulan E kelayakan Piala Dunia sekali gus mengesahkan tempat ke playoff kelayakan Piala Dunia 2022.

Pada perlawanan tersebut, penyerang Wales Kieffer Moore menjadi wira The Dragons selepas berjaya membatalkan gol pembukaan Kevin De Bruyne untuk memperoleh satu mata penting mengatasi Republik Czech yang berada di tangga ketiga kumpulan selepas menewaskan Estonia 2-0.

Iklan
Iklan

"Sangat penting untuk kami mendapat keputusan seri ketika bermain di laman sendiri dan kami berjaya lakukannya dengan baik.

"Bunyi bising selepas gol penyamaan sungguh luar biasa dan susah untuk saya terangkan. Red Walls (penyokong Wales) anda sangat mengagumkan,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Wales hanya kalah dua daripada 20 perlawanan kelayakan Piala Dunia terakhir mereka dengan merekodkan sembilan kemenangan dan sembilan keputusan seri serta tidak tewas dalam tujuh perlawanan terakhir.

The Dragons juga berjaya menamatkan saingan di tempat kedua kumpulan kelayakan Piala Dunia buat kali pertama sejak kelayakan tahun 1966,

Iklan

Dalam pada itu pengendali Wales, Robert Page mengakui pasukannya sangat terkesan dengan ketiadaan Gareth Bale yang cedera sambil mengharapkan anak buahnya dapat menyalakan impian untuk layak ke Piala Dunia sejak kali pertama berbuat demikian pada 1958.

"Kami akan sentiasa merindui Bale kerana dia memberi impak yang besar kepada pasukan sama ada dalam atau di luar padang.

"Dengan penyokong yang sentiasa memberi sokongan padu, kami akan terus berusaha untuk mencapai impian iaitu layak ke piala dunia,” katanya.