WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan hampir kesemua pegawai dari Nicaragua termasuk Presiden Daniel Ortega dan isterinya tidak dibenarkan memasuki AS sebagai tindak balas terhadap perlakuan"penindasan dan cacian" yang didakwa dilakukan Nicaragua, lapor Sputnik.
"Saya telah memutuskan demi kepentingan AS, sekatan dan menggantung kemasukan ke AS kepada imigran dan bukan imigran, pegawai kerajaan Nicaragua yang diketuai Presiden Daniel Ortega, termasuk pasangannya dan Naib Presiden Rosario Murillo dan lain-lain,” kata Presiden Biden dalam satu pengisytiharan.