Kerjasama dengan parti lain, Muhyiddin pertimbang kemudian

Iklan
Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR -"Kita akan lihat kemudian.''

Demikian pandangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa parti tersebut bersedia membina kerjasama dengan pihak lain sekiranya hanya mampu mempertahankan 13 kerusi sahaja.

Iklan
Iklan

Menurut Muhyiddin, semua parti masih lagi dalam mod berkempen.

"Jadi, yang penting kita teruskan usaha ini kerana yang akan memutuskan nanti adalah pengundi dan mereka akan menilai setiap parti yang disokongnya.

Iklan

"Saya harap mereka menyokong Perikatan Nasional (PN) tetapi apapun soal yang berbangkit kita akan lihat selepas ini,” katanya pada sidang media Program Pertemuan Bersama British Malaysia Chamber of Commerce (Roundtable Meeting) dan Dialog Pemulihan Negara di sini pada Rabu.

Pada Selasa, Mohammad berkata, parti itu sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak hanya terhad kepada Perikatan Nasional (PN) sahaja.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, beri rakyat Melaka peluang dan kesempatan untuk memutuskan kerajaan apa yang akan dibentuk nanti.

"Kalau pengundi Melaka memang faham mereka mengundi untuk Pilihan Raya Negeri bukan Pilihan Raya Kecil tetapi bagi membentuk kerajaan negeri.

"Sewajarnya dia ada satu pandangan menyeluruh tentang undi mereka ini untuk membentuk kerajaan.

"Jadi apa yang kita mahu katakan sekiranya parti yang bertanding itu dapat sebilangan kerusi itu, kita akan lihat kemudian,” ujarnya.