Fomca ajak rakyat Malaysia kurangkan pengambilan gula

Iklan
Nur Asyikin Aminuddin

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mengajak rakyat Malaysia untuk mengurangkan pengambilan gula sempena Hari Diabetes Sedunia yang disambut pada 14 November setiap tahun.

Tema sambutan Hari Diabetes Sedunia pada tahun ini ialah 'Akses Kepada Penjagaan Diabetes: Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi?'

Iklan
Iklan

Timbalan Setiausaha Agung Fomca, Nur Asyikin Aminuddin berkata, tanggungjawab terhadap penjagaan diabetes bukan sahaja bergantung kepada pihak hospital tetapi diri sendiri.

Menurutnya, hasil tinjauan pihak Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2019 mendapati satu daripada lima orang yang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes.

Iklan

Lebih mengejutkan, katanya, apabila hampir separuh daripada responden tersebut tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit itu.

"Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat kerana tidak mustahil jika kita juga penghidap penyakit diabetes dalam diam,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Nur Asyikin berkata, rakyat Malaysia juga perlu sama-sama bertanggungjawab menjaga aspek-aspek keselamatan makanan di sepanjang rantaian makanan baik pihak penternak, petani, pengilang, pengimport, pengedar, peruncit, peniaga restoran, gerai makanan dan pengguna supaya kita semua boleh menikmati makanan yang sihat dan selamat.

"Makanan yang sihat dan selamat saling berkaitan dengan kesihatan diri manusia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nur Asyikin berkata, pengeluar produk makanan perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pengusaha makanan pula yang menyediakan makanan di rumah untuk tujuan jualan juga boleh merujuk dengan Garis Panduan Keselamatan Makanan bagi Makanan Sediaan di Rumah.

"Pengguna juga boleh membuat semakan senarai pengusaha makanan sediaan di rumah di bawah KKM melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?id=441000688),” katanya.

Beliau berkata, untuk pengendali makanan yang mempunyai premis makanan seperti restoran atau gerai makanan perlu mengikuti Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang dikeluarkan KKM supaya makanan terjual selamat untuk dimakan pelanggan.

"Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri masing-masing, seterusnya mengambil cakna dengan aspek keselamatan makanan supaya rakyat Malaysia dapat berterusan menikmati makanan yang sihat dan selamat,” katanya.