Kelantan saran mangsa banjir jalani ujian kendiri Covid-19

Iklan
Mumtaz

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyarankan mangsa banjir melakukan ujian saringan kendiri Covid-19 sebelum ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Exco Pembangunan Wanita; Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, ujian itu amat penting sebagai langkah awal memutuskan rantaian pandemik.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, kita akan tetap membuat saringan sebaik sahaja mangsa banjir dibawa ke PPS. Proses itu bermula dengan saringan suhu.

"Jika ada yang bergejala, kita akan terus rujuk mereka ke pihak kesihatan untuk menjalani ujian saringan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, jika mangsa banjir didapati positif mereka akan dirujuk kepada pihak kesihatan bagi proses pengasingan dan rawatan lanjut.

Beliau berkata, mangsa banjir diingatkan supaya bersikap jujur sekiranya mereka mempunyai tanda atau bergejala Covid-19.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Mumtaz berkata, kerajaan turut menggalakkan mangsa banjir untuk menerima suntikan dos penggalak.

"Dos penggalak ini merupakan salah satu ikhtiar dalam meningkatkan lagi imunisasi tubuh badan kita bagi melawan virus berkenaan.

"Selain itu, aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan dititikberatkan bagi memastikan rantaian jangkitan tersebut dapat diputuskan.

"Nasihat saya ikutilah segala aturan yang telah ditetapkan sepanjang berada di PPS," katanya.