18 kambing terperangkap di tengah sungai diselamatkan

Iklan
Anggota APM dan penduduk kampung menyelamatkan kambing yang terperangkap di tengah sungai di Kampung Geduhom, Kuala Pilah pada Rabu. -Foto: APM

KUALA PILAH - Sebanyak 18 ekor kambing yang terperangkap di tengah sungai di Kampung Geduhom di sini diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada Rabu.

APM Negeri Sembilan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik kambing yang mahu mendapatkan bantuan pada jam 8.05 pagi.

Iklan
Iklan

"Tiga anggota telah ke lokasi dan mendapati haiwan berkenaan terperangkap di 'pulau kecil' di tengah sungai yang terjadi disebabkan hakisan tanah akibat arus deras.

"Dengan bantuan lima penduduk kampung, kita telah menyeberang sungai untuk mengalihkan 18 ekor kambing itu ke kawasan selamat," katanya dalam kenyataan berkenaan pada Rabu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, operasi menyelamatkan haiwan ternakan itu berjalan lancar dan tamat pada jam 10.30 pagi.