Stuart idam aksi separuh akhir Piala Malaysia

Iklan
Pemain pertahanan Sarawak United, Stuart Wark (tengah)

PERTAHANAN Sarawak United FC, Stuart Wark ingin merasai pentas separuh akhir Piala Malaysia 2021 buat kali pertama selepas pernah diketepikan pada musim 2017 susulan kecederaan ketika bersama Felda United FC.

Meskipun ketika itu Felda United mara ke separuh akhir, tetapi Wark tidak dapat diturunkan kerana berdepan kecederaan dan ini adalah masa yang tepat buat dirinya kembali merasai kenangan berharga di pentas berprestij bagi memastikan pasukan mara lebih jauh kali ini.

Iklan
Iklan

Bagi pemain berdarah kacukan Malaysia-Scotland itu, Sarawak United tidak perlu dilabel selaku pasukan"underdog” melihat kepada kelibat pemain-pemain senior yang berpengalaman untuk memberi tentangan seperti Uche Agba, Christie Jayaseelan dan ramai lagi untuk bangkit meraih kemenangan ke atas Terengganu FC dalam aksi suku akhir kedua, malam esok.

"Itu yang kami ingin kejarkan untuk merasai keputusan yang positif pada malam esok, dan ini adalah perlawanan Piala Malaysia di mana apa-apa sahaja boleh berlaku.

Iklan

"Tidak terlambat lagi untuk kita terus berjuang mengharapkan sesuatu dapat diraih dan sememangnya ia bukanlah perlawanan yang mudah menentang Terengganu.

"Underdog” itu hanyalah perkataan sahaja kerana bagi saya kerana Sarawak United mempunyai ramai pemain yang berpengalaman dan ia sebenarnya memang membantu pasukan untuk kami sampai ke tahap ini, jadi saya rasa tiada sebab untuk kita tidak boleh memberi tentangan sengit,” jelasnya.

Iklan

Dalam pada itu, Wark tidak merasakan ia satu kelebihan untuknya membaca kekuatan dan kelemahan lawan meskipun pernah bersama skuad Terengganu musim lalu kerana percaya barisan kejurulatihan dan pemain lain juga lebih mengenali corak permainan anak buah Nafuzi Zain itu.

"Tidak kisah sama ada saya pernah bermain bersama Terengganu atau tidak, saya rasa semua orang tahu dekat mana kekuatan dan corak permainan yang dilakukan oleh Terengganu.

"Daripada aspek hantaran, cara bermain, kelajuan pemain-pemain muda mereka, saya rasa jurulatih (E. Elavarasan) dan pemain lain juga sudah dapat membaca kekuatan yang mereka ada.

"Dan, sudah pastinya kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk perlawanan malam esok baik untuk mengekang asakan mereka dan semuanya berbalik kepada kerja keras pasukan”, tambahnya.

Sarawak United sebelum ini tewas 1-2 kepada Terengganu FC dalam perlawanan suku akhir pertama TM Piala Malaysia pada Ahad lalu dan akan berdepan aksi kedua pada malam esok di Stadium UiTM.