SHAH ALAM - Dua pam berkuasa tinggi bernilai RM700,000 ditambah di pintu air Taman Seri Muda di sini bagi mengatasi isu limpahan air yang sering berlaku di kawasan berdekatan.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir Izham Hashim berkata, dua pam tersebut bagi menambah kekuatan pam sedia ada.