Faris mahu Paya Rumput jadi pusat ekonomi belia

Iklan
Muhammad Faris Izwan (kiri) mahu terus berbakti kepada masyarakat di kawasan Dun Paya Rumput.
PERNAH bergelar usahawan tani muda selepas mengusahkan cili fetigasi namun dalam usia masih muda perjalanan politik Naib Ketua Armada Bahagian Bersatu Tangga Batu, Muhammad Faris Izwan mula menampakkan 'taring'.

Dia dilantik antara orang penting di Kompleks JAPERUN sebagai setiausaha JAPERUN sekali gus menjadi orang kepercayaan Wakil Rakyat.

Berbekalkan pengalaman sentiasa turun menyantui rakyat sebagai wakil kepada Wakil Rakyat, siapa sangka anak muda lepasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini akhirnya diberikan kepercayaan oleh parti Perikatan Nasional (PN) sebagai calon DUN Paya Rumput pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Iklan
Iklan

Ikuti temu bual Wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob bersama anak muda ini berkaitan persediaannya mendepani cabaran pilihan raya negeri.

SINAR HARIAN: Apakah pendekatan yang saudara lakukan untuk memastikan pengundi memilih calon dengan tepat pada PRN kali ini?

Iklan

Pendekatan yang saya lakukan ialah dengan menyantuni pengundi menerusi edaran bahan kempen dari rumah ke rumah. Selain itu, saya perlu bekerja keras agar masyarakat setempat menyedari kehadiran saya. Sebelum ini kerja saya lebih kepada membantu rakyat di belakang tabir sahaja.

Boleh saudara nyatakan manifesto atau janji saudara kepada pengundi dalam kawasan DUN sekali gus mampu mengekalkan kerusi PN?

Iklan

Saya meletakkan tiga janji utama untuk penduduk di DUN Paya Rumput iaitu menyelesaikan masalah banjir. Isu banjir bukan sahaja berlaku di Krubong dan Cheng malah taman perumahan iaitu Taman Rambai Jaya dan Taman Rambai Utama. Selain itu, saya mahu menjadikan Paya Rumput sebagai pusat ekonomi belia.

Memandangkan pandemik Covid-19 masih melanda negara dan ramai rakyat terkesan, apa perancangan untuk membantu golongan belia?

Saya berhasrat untuk wujudkan platfrom pusat ekonomi di Paya Rumput yang berperanan untuk golongan muda mencari peluang pekerjaan. Dalam masa sama kita boleh bekerjasama dengan kilang-kilang atau pihak swasta lain dari segi tawaran pekerjaan. Malah saya juga akan membantu ornag-orang muda dalam memperkasakan perniagaan mereka contohnya menerusi bantuan kerajaan agropreneur bagi yang memulakan projek baharu kerana masih ada yang tidak tahu tentang bantuan ini.

Muhammad Faris Izwan (kanan) menyapa dan bertanya khabar peniaga di Krubong.

Tinggal beberapa hari sebelum kempen tamat, apa yang saudara lakukan agar undian pengundi berpihak kepada saudara?

Saya tidak mahu berlebihan menabur janji, saya juga bukanlah seorang yang berlatar belakang hebat. Namun jika diberikan mandat saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat. Jadi, dengan masa yang terhad ini saya menggunakan media sosial untuk memperkenalkan diri dan janji saya. Lagipun sebagai calon muka baharu saya akan memperhebatkan kempen sehingga ke garisan penamat, lebih-lebih lagi terpaksa akur dengan larangan ketat iaitu tidak boleh bersemuka dengan pengundi. Di kesempatan ini, saya tidak akan berdiam diri dan menyantuni pengundi melalui media sosial.

Sekiranya diberikan mandat apakah yang akan saudara lakukan untuk pengundi yang kurang bernasib baik?

Meskipun berjawatan sebagai setiausaha JAPERUN dalam tempoh lebih setahun namun saya berpegang untuk mengenepikan segala birokrasi dan menjauhi sikap pilih kasih tanpa mengenal agama dan bangsa. Bagi saya mereka yang memerlukan perlu dibantu tanpa dipinggirkan atau dibiarkan keciciran. Tidak kira juga mereka dari fahaman politik berbeza namun sebagai wakil rakyat yang dipilih jangan sesekali ketepikan rakyat apabila mereka datang kepada kita.

PROFIL

Nama: Muhammad Faris Izwan Mazlan

Umur: 28 tahun

Status: Bujang

Asal: Melaka

Jawatan:

  • Naib Ketua Armada Bahagian Bersatu Tangga Batu
  • Ahli Jawatankuasa Bahagian Bersatu Tangga Batu
  • Setiausaha JAPERUN

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my