Djokovic mara ke kelompok empat terakhir final ATP

Iklan
Djokovic mara ke separuh akhir Final ATP FOTO-AFP

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke separuh akhir Final ATP buat kali ke-10 selepas mencatatkan kemenangan selesa mengatasi Andrey Rublev di Turin.

Pemain kelahiran Serbia itu yang mahu menyamai rekod Roger Federer dengan enam gelaran pada penghujung musim, mengetepikan pilihan kelima, Rublev 6-3, 6-2 bagi merekodkan kemenangan ke-50 tahun ini.

Iklan
Iklan

"Saya melakukan servis dengan bagus dan ia amat membantu.

"Saya mahu dia (Rublev) keluar dari zon selesa, mengambil masanya dan mempelbagaikan corak kepantasan. Secara keseluruhan ia persembahan yang hebat." katanya.

Iklan

Djokovic, 34, kini mahu mencipta kejayaan menakjubkan pada tahun ini yang menyaksikan dia hanya kurang satu gelaran untuk melengkapkan semua kalendar Grand Slam apabila tewas di tangan Daniil Medvedev pada final Terbuka Amerika Syarikat.

Dalam satu lagi aksi, Pemain Norway, Casper Ruud mengatasi Cameron Norrie 1-6, 6-3, 6-4 bagi mencerahkan peluang ke kelompok empat terakhir.

Iklan

Djokovic akan menentang Norrie pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan esok.