KUALA LUMPUR - Seramai 22,350,755 individu atau 95.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 22,891,163 individu atau 97.8 peratus bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.