Lelaki terkaya dunia tinggal di rumah kecil

Iklan
Elon Musk tinggal di sebuah rumah yang berharga AS$50,000 (RM208,725) sejak dua tahun lalu di selatan Texas, Amerika Syarikat (AS).

LOS ANGELES - Lelaki paling kaya di dunia, Elon Musk berkata, beliau tinggal di sebuah rumah yang berharga AS$50,000 (RM208,725) sejak dua tahun lalu di selatan Texas, Amerika Syarikat (AS).

Pendedahan itu dibuatnya melalui akaun Twitter miliknya baru-baru ini selepas terdapat spekulasi bahawa beliau tinggal di sebuah rumah kecil yang berbentuk kotak buatan syarikat Boxabl.

Iklan
Iklan

"Bukan Boxabl," ciapnya di Twitter baru-baru ini bagi memberi penjelasan tentang situasi rumahnya setelah beliau berpindah dari Palo Alto, California ke Texas.

Bagaimanapun, Musk, 50, memberitahu bahawa syarikat Boxabl itu mengeluarkan rumah-rumah mampu milik yang hebat.

Iklan

Beberapa media sebelum ini menyatakan pemilik bersama syarikat pengeluar kenderaan elektrik, Tesla dan SpaceX itu telah berpindah ke sebuah rumah kotak mudah alih buatan Boxabl.

Sebelum ini, Musk yang mempunyai anggaran kekayaan melebihi AS$266 bilion (RM1.1 trilion) mendedahkan pada Jun lalu bahawa beliau menyewa sebuah rumah dari SpaceX di Boca Chica, Texas iaitu tempat terletaknya ibu pejabat syarikat SpaceX.

Iklan

Beliau dilaporkan telah mendirikan rumah tangga beberapa kali dan mempunyai enam anak tetapi bercerai beberapa kali. - Agensi