'Sila buat aduan di pejabat SPRM, bukan di media sosial'

Iklan
Dakwaan di media sosial baru-baru ini yang mencetuskan polemik berkaitan isu rasuah dalam PRN Melaka. Gambar kecil: Mohd Shahril

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan mana-mana pihak untuk terus melaporkan sebarang salah laku berunsur rasuah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kepada pihaknya.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad berkata, perkara pertama yang perlu dilihat sama ada dakwaan itu benar, provokasi atau media propaganda.

Iklan
Iklan

"Sekiranya dakwaan itu benar, sila hadir ke pejabat SPRM untuk buat aduan.

"Jangan mengadu di media sosial yang akhirnya boleh merosakkan siasatan sekiranya hal itu benar berlaku," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas gambar wang tunai di dalam sampul yang mengaitkan parti bertanding di PRN Melaka.

Gambar itu telah tular di media sosial sejak Rabu hingga mencetuskan polemik dan perdebatan netizen.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Shahril berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana individu atau kumpulan.

"Dalam hal ini, perkara utama yang perlu dilihat adakah ini benar atau sekadar provokasi atau media propaganda sahaja," ujarnya.

Dalam laporan khas Sinar Harian pada 14 November lalu, Mohd Shahril mengingatkan parti politik dan calon PRN Melaka agar memahami kesalahan pilihan raya terutama berkaitan aktiviti kempen berunsur rasuah dan salah guna kuasa.

Jelasnya, tiada toleransi pada politik wang dan perkara itu tidak harus berlaku pada mana-mana parti politik kerana kesalahan itu tertakluk di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my