Pendekatan mesra PTPTN bantu peminjam

Iklan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan termasuk kepada peminjam PTPTN membuat bayaran balik pinjaman.

Komitmen ini selari dengan Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 melalui teras strategik ketiga iaitu menambah baik pengurusan kutipan bayaran balik pinjaman dengan lebih efektif.

Iklan
Iklan

PTPTN telah melaksanakan pelbagai pendekatan mesra pelanggan untuk membantu dan memudahkan urusan peminjam bagi membuat bayaran balik pinjaman mereka.

Melalui pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah bersetuju memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022 seperti berikut:

Iklan

- Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;

- Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran;

Iklan
- Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Diharapkan, pemberian insentif diskaun yang diumumkan itu boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh peminjam untuk tampil membuat bayaran balik lebih awal dan konsisten, seterusnya membantu untuk memperkukuhkan kedudukan dana pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang.

Bagi membantu peminjam, PTPTN turut menambah baik sistem peringatan awal kepada peminjam untuk mengurangkan hutang tertunggak dengan pelaksanaan notis yang lebih mesra dan humanising bagi mendekatkan PTPTN dengan peminjam.

PTPTN juga terbuka dan prihatin dengan kesukaran yang ditanggung oleh peminjam yang kurang berkemampuan untuk membuat bayaran balik pinjaman.

Peminjam boleh berunding untuk membuat penstrukturan semula pinjaman mereka agar bayaran bulanan dapat dikurangkan mengikut kemampuan.

Inisiatif PTPTN

Selain itu, inisiatif #PTPTNSediaBantu diperkenalkan bagi memudahkan peminjam berurusan dan menyebar luas pelbagai saluran yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Kaedah ini membantu peminjam untuk memahami dan menggunakan saluran perhubungan PTPTN sedia ada dengan lebih berkesan.

Inisiatif murni ini juga merupakan satu bentuk kemudahan yang disediakan oleh PTPTN untuk membantu peminjam jika mempunyai sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan bayaran balik pinjaman.

Melalui kemudahan ini, peminjam boleh berhubung dengan barisan frontliners PTPTN yang sangat komited membantu menyelesaikan urusan atau menjawab segala persoalan melalui saluran yang telah disediakan.

PTPTN juga memperkenalkan pelbagai saluran bayaran baharu untuk membantu peminjam membuat bayaran balik pinjaman dengan pelaksanaan kempen yang menarik.

Kerjasama strategik bersama AnsaraPay, PayHalal dan ShopeePay melalui kempen Click, Pay & Earn is Back! bakal memberi manfaat kepada peminjam untuk kaedah bayaran balik.

Pada masa yang sama, PTPTN juga tidak lagi menguatkuasakan tindakan senarai hitam atau sekatan ke luar negara melalui Jabatan Imigresen semenjak Jun 2018 sehingga kini. Ini jelas menunjukkan keprihatinan PTPTN atas setiap kekangan peminjam PTPTN.

Tindakan undang-undang adalah tindakan atau pilihan terakhir yang akan dipertimbangkan oleh PTPTN setelah semua usaha yang dilaksanakan untuk membantu peminjam membuat bayaran balik tidak berhasil.

Dengan pelbagai usaha dan pendekatan mesra yang dilaksanakan oleh PTPTN, diharapkan para peminjam mengambil peluang membuat bayaran balik dan tampil berbincang dengan PTPTN.

PTPTN sedia membantu! Untuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:

- Careline PTPTN di 03 - 2193 3000 (Beroperasi Isnin - Jumaat, jam 9 pagi – 5 petang)

- Live Chat di www.ptptn.gov.my

- e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/

- Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn

- Media Sosial Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional