Belum ada cadangan asing kutipan hasil duti eksais minuman keras

Iklan
Yamani Hafez Musa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan ketika ini belum mempunyai sebarang cadangan untuk mengasingkan kutipan hasil duti eksais minuman keras daripada Kumpulan Wang Disatukan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, kaedah sedia ada masih lagi terpakai untuk hasil kutipan minuman keras itu.

Iklan
Iklan

"Seperti mana duti eksais yang lain iaitu rokok, tembakau dan minuman bergula. Hasil duti eksais minuman keras juga dimasukkan dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi membiayai perbelanjaan kerajaan.

"(Jadi kerajaan) belum ada apa-apa keputusan untuk memisahkan cukai (minuman keras) tersebut,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) yang mahu tahu adakah kerajaan bercadang untuk mengasingkan cukai minuman keras supaya tidak digunakan untuk pembangunan orang Islam susulan tindakan Pas yang ghairah untuk melarang aktiviti judi dan penjualan arak.

Sementara itu, menjawab soalan asal Chee Keong yang meminta kementeriannya menyatakan senarai hasil kutipan duti eksais bagi minuman keras dari tahun 2010 hingga tahun ini, Yamani Hafez berkata, secara keseluruhan sebanyak RM20.1 bilion berjaya dikutip sepanjang tempoh tersebut.

Iklan

"Hasil kutipan duti eksais daripada minuman keras dari tahun 2010 hingga September tahun ini adalah sebanyak RM20.1 bilion.

"Purata kutipan tahunan adalah sebanyak RM1.68 bilion. Kutipan eksais ini melibatkan semua jenis produk minuman keras yang diimport dan dikilangkan dalam negara,” katanya.